Ehemm....
Saya ingin bercerita tentang perubahan yang saya alami menjelang kemasukan umur ke 36:
1) Kulit saya menjadi lebih kering dan ada kurang sikit minyak. Sebelum ini, minyak di kulit saya boleh dibuat untuk menggoreng pisang, keledek dan telur. (apa sajalah makanan yang boleh digoreng)
2) Bila kurang minyak, kedut-kedut yang minor kelihatan di bawah mata, sedikit pada dahi bila dahi berkerut, dan di sekeliling mulut. Kalau saya gelak gila kelakar, kedutan itu menjadi lebih ketara.
3) Saya mungkin lebih penyabar orangnya, dan dapat mengawal kemarahan di umur 36, berbanding 10 tahun yang lepas di mana saya lebih cepat meletup.
4) Selebihnya yang lain-lain tu, tiada perubahan yang dapat dikesan. Entry blog saya sekarang rasanya lebih kurang sama seperti 2 tahun yang lalu...
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terimakasih kepada kuE kerana menjemput saya menjadi blogger jemputan di blog ini bersempena dengan projek 36. Kedua, terimakasih kerana menghantar email kepada saya. Sesungguhnya saya berada dalam keadaan kabur dan samar-samar sehinggalah email peringatan itu dihantar kepada saya. Dan sekarang saya tahu apa yang harus dibuat. Yeahhhh....
|